Monday, June 29, 2009

Belit Belit...


Aku rasa sungguh kelakar bila tengok berita semalam,
Tentang seorang presiden parti yang mengumumkan tentang hasil mesyuarat jawatankuasa kerja, pada masa akan datang, presiden cuma boleh bertanding dan pegang jawatan untuk tempoh 3 penggal sahaja, ketua2 bahagian terhad kepada 2 penggal...

Presiden cuma 3 penggal...???
Hahaha... lawak betul siot!

Sedangkan dia sendiri dah jadik presiden parti itu selama lebih 10 penggal...!!!
Sampai sekarang masih berkuasa, masih jadik tuan presiden. PM dan bertukar 3-4 kali tetapi itu parti surupa macam dulu jugak...









.

Tuesday, June 23, 2009

Meraban...


Dunia semakin meraban... merapu entah kemana, si isteri yang tak puas hati, ditambah pula dicucuk sana sini, mula menonjolkan diri, memprotes sang suami, yang sibuk mencari rezeki... tak cukup dengan itu, masuk paper sana sini, masuk tv lagi pengsi, masuk melodi...

mohon cerai mahkamah, cerita itu dan ini, kisah dalam rumah dalam dapur, periuk belanga dan kuali, satu Malaya sudah mengenali, wah... ini sumber rezeki, boleh jadi pengacara pula lepas ini.

Inikah contoh yang boleh kita ikuti..??
pada pendapat aku yang kurang pandai ini, nak jadik public figure mestilah jujur hati budi, manis jiwa pekerti, luhur niat dan emosi, barulah program itu menjadi, penonton tengok pun senang hati...

Apa nak jadi...??
jika berundur seinci, putih tapak kaki, terjun tingkap... LARI....!!!!!











.

Wednesday, June 10, 2009

Di siat Memori...



Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata


Alangkah indah temasya di malam itu
Dua insan karam di lautan madu
Menanam dendam berahi satu persatu
Berkucup angan di bibir merayu rayu

Apa kiranya semua dendamnya itu
Dalam gembira hai penuh duka sengsara
Seorang insan turut memendam rasa
Patah hatinya terkorban dalam bercinta


Andainya itu sayang berupa erti
Setahun janji ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar diri sendiri
Inai merah mu tanda sudah bersuami...




Sesekali bila angin kenangan menyapa pipi, sekotak tembakau sejuk berasap tanpa sedar,
mujur tiada lagi peneman botol kaca empat segi penuh alkohol encik Jack Daniel.

Mungkin ini sudah takdir... (aku pernah persetankan takdir ketika itu)

Al-Fatihah buat pemunya suara dan kata2, abang Jibeng.






.

Tuesday, June 2, 2009

Runtuh, Silap Dan Hilang...

Stadium runtuh...!!!

Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang bernilai hampir 300 juta, runtuh sebahagian bumbungnya mengakibatkan kerosakan hampir 60%, baru siap bulan Mei tahun lepas dan selain perlawanan Liga Super, baru sempat guna untuk SukMa 2008 Terengganu...

berapa puluh juta lagi duit rakyat perlu di belanjakan untuk proses pembaikkan..?



Red Bull Hong Kong ada Cocaine...!!!

Syarikat pengeluar minuman Red Bull untuk pasaran Hong Kong telah menarik balik edaran minuman tenaga 'seladang merah' itu kerana dipercayai mengandungi bahan dadah bahaya, kokain dalam minuman tersebut...

minuman berperisa kokain dalam tin, Oops... silap!!!



Pesawat Air-France Hilang dari radar...!!!

Pesawat penumpang Airbus A330 syarikat penerbangan kebangsaan Peranchis, Air-France, hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Rio De Janeiro menuju Paris, pesawat itu dikatakan mungkin terhempas ke dalam Lautan Atlantik selepas pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai oleh Tentera Laut Brazil menjumpai serpihan pesawat itu di sekitar permukaan air luar pantai Brazil, penerbangan AF 447 yang membawa 228 penumpang itu dikatakan mengalami masalah ketika menempuh cuaca ribut, sehingga kini, tiada seorang mangsa yang berjaya ditemui.

Stadium runtuh, air tin dadah dan kapal terbang terhempas...
manusia kian lalai dan lupa.









.