Thursday, September 9, 2010

Yang disana, yang disini...


Seluruh benua gegak gempita, ribut melanda membadai syurga, yang disini melintang pukang, yang disana tunggang langgang, yang diatas runtuh, yang dibawah makin roboh.

Yang disana banjir, juta-juta kerugian, ribu-ribu kehilangan, ratus-ratus kematian, berpuluh-puluh kontena bantuan.
Yang disini hanyut dengan kemodenan, belum habis belajar sudah mimpi kemewahan, belum ada kerja sudah mabuk keindahan.

Yang disana tunggu masa gunung berapi meletus, pasti ramai warga yang bakal mampus, pihak berwajib kerja bertungkus lumus, segala bantuan datang tak putus-putus, Yang disini pantang terdengar, saudaranya disana dilanda musibah terbesar, derma dipinta masuk tv dan masuk suratkhabar. Wang dikumpul agar nasib mereka tak terbiar. Tapi ada juga orang disana yang bikin onar, fitnah itu dan ini cakap berputar-putar, ganyang mereka, bendera dibakar, najis dilempar, mereka tak pernah sedar, segala yang ada kita hantar. Lagu dan drama mereka kita siar, jenis yang tak kenang jasa... memang dasar!

Yang disana pula berkempen habis-habisan, paderi dan gereja mereka nak bakar Al-Quran, ada yang sudah mengingatkan, jangan usik agama Tuhan, padahnya akan berterusan, tapi kalau sudah diberi amaran, teguran tidak berkesan, tiada lagi pilihan, yang disini tak dapat melawan dan pertahan, diorang dah diserap setan, mudah-mudahan, bala bencana dan ribut taufan, bakal mendorong rasa keinsafan...

Hari terakhir Ramadhan, yang disana kegembiraan, yang disini masih tiada persiapan. Mohon kemaafan, semoga kita dalam ketenangan. Sederhana itu berkat, beb. Kaf-Ba-Roa-Kaf-Ta-Alif-Nun... keberkatan.





.

Thursday, August 12, 2010

Biarkan Ku Damai, Bagaikan Samurai...


Pada awalnya, sekadar ingin tahu keadaannya tapi kalah dengan perasaan yang masih bersisa ketika itu, sayang sepenuh jiwa.

Proses pengenalan dah boleh skip kerana cukup serasi dengannya, segala memori dan sejarah kembali terselak helai demi helai.

Entah bagaimana, semuanya possible hingga termaktub untuk putuskan sesuatu keputusan, tak mahu berpaling dan mungkin ini destini sebenar.

Akan tetapi, sangka panas hingga petang, rupanya ribut awal pagi lagi, hari demi hari, mulai perasan sikapnya yang sebenar.

Jiwa kembali direntap, hari hari jadi kacau, prestasi zahir goyah dan tak tentu arah. Dia mula menembak itu dan ini dan bosan mula melanda.

Maaf, tiada lagi maaf kali ini, hidup jalan terus.





Biarkan kudamai, bagaikan samurai...!!!



.

Monday, April 5, 2010

Kisah Drama TV...


Pilihan ditangan anda... dengar sini orang-orang kampung semua!!!!

Lihatlah peristiwa magis ini, tontoni kisah terbaru, drama di peti tv, pilih jangan tak pilih, ini tugas marhaen macam kita ni, muka free.

Hari untuk mengundi datang lagi, bukan undi siapa suara sedap atau suara kodok mabuk todi, undi siapa lebih money, boleh ubah kampung hulu jadi ibu negeri. Sekelip mata estet ceruk dan kampung orang asli, di lawati, masuk tv, mestilah... yang datang itu tok menteri. Rupanya mau beli undi, mungkin kali ini wakil M.i.C, masing-masing menuding jari.

Undi apa lagi selain itu, mestilah undi Siti. Biar dia menang lagi dan lagi. Hingga dia malu sendiri. Dapat kereta dan dapat lori, hadiah untuk Siti. Dah kaya kasi, kasi dan kasi kaya lagi. Tak cukup populariti dan kontroversi, anugerah itu ini, alahai, cukup terharu sekali. Orang lain kita jangan beri, diorang boleh beli sendiri. Biar orang lain mimpi.


Geleng kepala, tapi masih sengih sampai nampak gusi.










.

Thursday, March 11, 2010

Aku Dah Bosan...


Beri aku tanda, bila kan berakhir,
mainan silap mata, tangkas seni tukang sihir,
aku dah bosan, aku dah bosan, aku dah bosan...
melayani nafsumu.

Kau sedang tertawa, bermain benangmu,
sedang Maharani menangis, menonton kisah penyu,
aku dah bosan, aku dah bosan, aku dah bosan...
melayani angan-anganmu!

Kau masih bermimpi, bersanding di pelamin,
duda tiga kali, masih nak jadi pengantin,
aku dah bosan, aku dah bosan, aku dah bosan...
melayani wayangmu..!!





*aku cuba jadi baik, aku cuba jadi kawan, tapi aku tak tahu apa yang kau mahu. aku dah muak, aku dah tak tahan, aku minta maaf...!







.

Tuesday, February 9, 2010

Kita Masih Belum Bebas...


Kita masih belum bebas.. serious!!!

Kita belum lagi merdeka, kita masih dijajah. Cuma kali ini oleh bangsa kita sendiri. Ramai yang takut 'tuan' dari Tuhan. Ramai yang berani langgar tembok kesusilaan. Ada yang cukup berani merompak siang-siang depan batang hidung kita, dan melepaskan diri begitu sahaja. Semuanya atas nama kerja.

Ada yang mencabul maruah warga jelata. Ramai yang sangkut, ada juga yang sangap. Ada yang memaksa hidup-hidup, buang amanah, rampas dan ragut. Ada yang bersekongkol dengan harapan dapat serpihan kerak... jadilah.

Ada yang menentang, punya azam ingin menghapus cela-cela celaka ini, habis dipangkah, dicantas, disumbat masuk gua. Biar orang takut, tapi tiada yang terkejut. Bumi ini indah tapi kami tetap susah payah. Apa sahaja yang boleh dijadikan alasan untuk memijak, kami terus hilang hak.

Penjenayah negara, satu hari dunia akan tamat tempohnya, begitu juga usia kita...




Aku tak pernah hairan jika aku terus mengemis di bumi ini.








.

Thursday, February 4, 2010

Yang Aku Sayang...


Apa yang kita nak sangat, itulah yang kita tak akan dapat...

This I Love

And now I don't know why
She wouldn't say goodbye
But then it seems that I
Had seen it in her eyes

And it might not be wise
I'd still have to try
With all my love
I have inside
I can't deny

I just can't let it die
Cause her heart's just like mine
And she holds her pain inside

So if you ask me why
She wouldn't say goodbye
I know somewhere here inside

There is a special light
Still shining bright
And ever on the darkest night
She can't deny

So if she's somewhere near me
I hope to God she hears me
There's no one else
Could ever make me feel
I'm so alive
I hoped she'd never leave me
Please God you must believe me
I've searched the universe
And found myself
Within' her eyes

No matter how I try
They say it's all a lie
So what's the use of my
Confessions to a crime
Of passions that won't die
In my heart

So if she's somewhere here near me
I hope to God she hears me
There's no one else
Could ever make me feel
I'm so alive

I hoped she'd never leave me
Please God you must believe me
I've searched the universe
And found myself
Within' her eyes

So if she's somewhere here near me
I hope to God she hears me
There's no one else
Could ever make me feel
I'm so alive

I hoped she'd never leave me
Please God you must believe me
I've searched the universe
And found myself
Within' her eyes

So now I don't why
She wouldn't say goodbye
It just might be that I
Had seen it in her eyes
And now it seems that I
Gave up my ghost of pride
I'll never say goodbye...









.