Sunday, November 8, 2009

Hukum Karma...


Aku kenal Zack Kuntum dah lama, mungkin lagi lama dari Jimi dan Yem, lagi lama dari Kojak, punyalah lama tapi kita orang tak pernah ngam... dia dengan aku macam langit dan bumi, jauh berbeza. Dari segi jiwa, dia Zack Kuntum!

Aku Eddie Dewanaga...!!!
Korang mesti boleh tangkap maksud itu kan, dia budak baik.

Back in the days, kita sama-sama pernah rasa susah dan senang, walaupun berlainan perangai, citarasa, tapi serious... aku kenal sangat dengan orang yang macam dia. Dia jenis tak suka kutuk orang, never say bad things to other people, paling jahat yang aku tau pun, dia isap okok... time sekolah, jahat lah namanya tu.

Dia ni cukup rajin, dia kurang pandai namun dia ringan tulang, orang lain belajar tinggi-tinggi, tapi dia yang cuma 'cukup makan' terus je kerja bila abis sekolah. Bantu orang tua dia, adik-adik dia yang ketika itu masih kecik, masih bersekolah. Dia kerja pun rajin, ahad kerja, siang malam kerja, public holiday pun dia sauk... ada satu kali tu, orang sibuk beraya, dia dengan uniformnya dah tunggu bas untuk masuk shift petang.

Masa berlalu, zaman berubah, banyak company tutup. Sindrom gawat melanda ekonomi. Dia kena buang kerja...

Kemudian dia bekerja di satu syarikat lain. Selama beberapa tahun, dia yang aku kenal cukup bagus dalam kerjanya, syarikat itu berjaya dan terus berjaya. Melihatkan dengan keadaan syarikat yang berjaya dan maju itu, pemiliknya mula memasukkan segala kroninya kedalam syarikat dan memberhentikan Zack Kuntum dengan alasan perpindahan ke kawasan baru dengan teknologi dan teknik pemasaran yang berlainan. Zack Kuntum akur.

Perlahan demi perlahan Zack Kuntum membina impian, tangga demi tangga, kembali sembuh dari sengsara dan kini, walaupun tak sesenang dulu, dia masih berdiri...

Berlainan pula dengan syarikat itu yang kini, perlahan demi perlahan retak seribu, sikit demi sikit berderai bagai abu... yang berlagak berganti kereta baru, dah kena tarik, yang kawen hartawan, sudah bercerai berai, yang meniti impian, hancur akibat kebodohan, yang sihat, dah terbaring sakit, yang cantik dan bergetah, bunting dan tinggal video saja, yang masih belajar, kena buang, yang dah sedia sakit, terus mampus...!



Hukum karma beb... buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.










.

Sunday, September 20, 2009

Setan Kembali Mengganas...


Tamatnya Ramadan 1430Hijrah, setan-setan, iblis-iblis kembali mengganas, bergentayangan di seluruh ceruk bumi. Pasukan petugas penangkap hantu pun mulai sibuk beroperasi semula.

Macam-macam jenis setan kat bumi bertuah ni, beli barang harga lain, tulis claim harga lain, depan kita senyum, belakang kita hamun, dalam berita jamu anak-anak yatim, yang tak masuk berita makan duit haram, yang katanya membela rakyat, akan terus membala rakyat, yang tutup satu badan, kini cuma serkup separuh saja, yang berjanji, kini lupa diri...

Ini semua setan kan..???








.

Thursday, August 27, 2009

Bikin Drama...!


Ramai yang bikin drama...!!!
Mari kita saksikan sendiri, ini drama hari-hari masuk tv... free!

Ada drama famili, ada drama laki bini, ada drama mabuk todi, ada drama 3gp...! Ada babak bertengkar tepi kereta, ada babak serang suami yang main kayu tiga, ada babak berlari kejar cerita, ada babak isteri gila masuk berita.

Ada turun naik mahkamah roboh masjid, ada demonstrasi roboh kuil, ada saman juta-juta, ada yang senyap-senyap seluk poket... tutup mata!

Ada drama kantonis, pinjam along kena kurung, ada drama tamil, rumah sudah beri tapi tanah takmo kasi, ada drama biru, masuk DVD... tak tahu malu!

Ada drama aksi, terjun bangunan bunuh diri, ada drama kantoi, togok arak, berlagak macam dia cukup warak, minta rotan, turun naik van, orang kampung berarak.

Ada drama sedih, kalah undi melepas jadi YB.

Ada drama komedi, doktor gigi jadi menteri, rumah bersaiz perpustakaan negeri.

Ada drama mencuit hati... rakyat biasa terus jadi mangsa birokrasi.


Tuan Direktor!
...apa sudah jadi sama ini negeri!





.

Monday, August 10, 2009

Gigit...!!


Dia selalu menggigit... dia gigit sana, dia gigit sini,
gigit orang itu, gigit orang ini,
Yang mana rasa sakit tapi takut, senyap.
Dia jadi lebih berani dan terus menggigit.

Yang mana rasa muak dan bersuara, kecoh.
Dia tak peduli, terus terusan menggigit lagi.
dia gigit orang sana dan gigit orang sini.

Kali ini yang kena gigit mula merancang, bersama,
berpakat untuk menggigit kembali sang penggigit,
biar sama-sama rasa, perit dan sakit.

Bila dah biasa menggigit, sesekali giliran engkau pula di gigit, menjerit!

sakit kena gigit, kan...!






.

Saturday, July 25, 2009

Tiada Lagi Bola...!


Dah tak boleh layan bola lagi... musim sudah berakhir.
Dah tak boleh layan bola lagi...!!!

Saluran sukan di Astro naik lagi...???
Itu naik, ini naik, pelbagai alasan akan direka untuk elak warga pengguna naik darah...

Pihak kami berusaha untuk menyerap kos tetapi... bla bla bla bla!

Pihak syarikat terpaksa membuat penilaian baru akibat... bla bla bla bla!

Kat mana aku nak relax layan Chelsea nanti??
Maka satu keputusan drastik juga telah aku ambik,


Terminate the account...!!!


*eleh, Astro takkan rugi bila aku sorang yang tutup, aku pun tak mati tak tengok Astro...!










.

Tuesday, July 14, 2009

Selepas Tengah Malam...


"...after midnight i shall kidnap you from the world
and i’ll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand
you are exactly where you’re supposed to be
if anyone asks for you
they would have to find me

stay,
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

after midnight
i shall stay awake
and if you chose to close your eyes now
hush now my love
i’ll watch you sleep
you are exactly where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to fight me

stay,
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only..."


Satu lagu yang mengasyikkan dari Yuna, gadis ayu bersuara merdu.
Selepas tengah malam, aku sanggup bersamamu, walau aku terpaksa berkongsi kasih dengan gitar kesayanganmu itu, alunan setiap lagu dengan gigitan mesra setiap bait2 lirik yang tulus dan jujur. Jangan silap tafsir, aku cuma kagum dengan Yuna, imej dan iramanya, jiwa dan raga aku masih tak berubah, masih tetap setia dengan Lisa...

"...tolong jangan pergi,
biarkan aku terus bermimpi,
bersama kita berlari merentasi pelangi,
bersama kita meniti gigi air yang berbuih,
bersama kita tersengih, buang kisah sedih,
aku sanggup jadi ganti,
menolak troli, memilih nugget dan roti
dan bergaduh tentang perisa maggi,
tomyam atau kari??

jika kita pergi Giant nanti..."










.

Thursday, July 2, 2009

Propa Gandum...


Jangan ikut kempen ini, ini semua propaganda...!!!

kempen itu... propaganda!!!
anjur ini... propaganda!!!
sambut itu... propaganda!!!
ikut ini... propaganda!!!
tampal itu... propaganda!!!
sokong ini... propaganda!!!
percaya itu... propaganda!!!
tengok ini... propaganda!!!
baca itu... propaganda!!!
derma ini... propaganda!!!

sempit atau tersepit...???
jangan menyalak nanti sakit tekak, beb.

jangan kritik kalau tak tau hujung pangkal.

jangan teran beb, nanti buasir.

kais pagi makan roti, kais tanah makan pasir.
"...laa, aku ingat kau orang2 yang bijak pandai, abis modal aku..."

tertawa sambil menggeleng kepala.

"..melayu, melayu..."












.

Monday, June 29, 2009

Belit Belit...


Aku rasa sungguh kelakar bila tengok berita semalam,
Tentang seorang presiden parti yang mengumumkan tentang hasil mesyuarat jawatankuasa kerja, pada masa akan datang, presiden cuma boleh bertanding dan pegang jawatan untuk tempoh 3 penggal sahaja, ketua2 bahagian terhad kepada 2 penggal...

Presiden cuma 3 penggal...???
Hahaha... lawak betul siot!

Sedangkan dia sendiri dah jadik presiden parti itu selama lebih 10 penggal...!!!
Sampai sekarang masih berkuasa, masih jadik tuan presiden. PM dan bertukar 3-4 kali tetapi itu parti surupa macam dulu jugak...









.

Tuesday, June 23, 2009

Meraban...


Dunia semakin meraban... merapu entah kemana, si isteri yang tak puas hati, ditambah pula dicucuk sana sini, mula menonjolkan diri, memprotes sang suami, yang sibuk mencari rezeki... tak cukup dengan itu, masuk paper sana sini, masuk tv lagi pengsi, masuk melodi...

mohon cerai mahkamah, cerita itu dan ini, kisah dalam rumah dalam dapur, periuk belanga dan kuali, satu Malaya sudah mengenali, wah... ini sumber rezeki, boleh jadi pengacara pula lepas ini.

Inikah contoh yang boleh kita ikuti..??
pada pendapat aku yang kurang pandai ini, nak jadik public figure mestilah jujur hati budi, manis jiwa pekerti, luhur niat dan emosi, barulah program itu menjadi, penonton tengok pun senang hati...

Apa nak jadi...??
jika berundur seinci, putih tapak kaki, terjun tingkap... LARI....!!!!!











.

Wednesday, June 10, 2009

Di siat Memori...



Inai disapu dijari tandanya mesra
Memberitahu dikau sudah dipunya
Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna
Di jari manisnya tersarung cincin permata


Alangkah indah temasya di malam itu
Dua insan karam di lautan madu
Menanam dendam berahi satu persatu
Berkucup angan di bibir merayu rayu

Apa kiranya semua dendamnya itu
Dalam gembira hai penuh duka sengsara
Seorang insan turut memendam rasa
Patah hatinya terkorban dalam bercinta


Andainya itu sayang berupa erti
Setahun janji ditempah hilang sehari
Membuat aku sedar diri sendiri
Inai merah mu tanda sudah bersuami...




Sesekali bila angin kenangan menyapa pipi, sekotak tembakau sejuk berasap tanpa sedar,
mujur tiada lagi peneman botol kaca empat segi penuh alkohol encik Jack Daniel.

Mungkin ini sudah takdir... (aku pernah persetankan takdir ketika itu)

Al-Fatihah buat pemunya suara dan kata2, abang Jibeng.






.

Tuesday, June 2, 2009

Runtuh, Silap Dan Hilang...

Stadium runtuh...!!!

Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang bernilai hampir 300 juta, runtuh sebahagian bumbungnya mengakibatkan kerosakan hampir 60%, baru siap bulan Mei tahun lepas dan selain perlawanan Liga Super, baru sempat guna untuk SukMa 2008 Terengganu...

berapa puluh juta lagi duit rakyat perlu di belanjakan untuk proses pembaikkan..?



Red Bull Hong Kong ada Cocaine...!!!

Syarikat pengeluar minuman Red Bull untuk pasaran Hong Kong telah menarik balik edaran minuman tenaga 'seladang merah' itu kerana dipercayai mengandungi bahan dadah bahaya, kokain dalam minuman tersebut...

minuman berperisa kokain dalam tin, Oops... silap!!!



Pesawat Air-France Hilang dari radar...!!!

Pesawat penumpang Airbus A330 syarikat penerbangan kebangsaan Peranchis, Air-France, hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Rio De Janeiro menuju Paris, pesawat itu dikatakan mungkin terhempas ke dalam Lautan Atlantik selepas pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai oleh Tentera Laut Brazil menjumpai serpihan pesawat itu di sekitar permukaan air luar pantai Brazil, penerbangan AF 447 yang membawa 228 penumpang itu dikatakan mengalami masalah ketika menempuh cuaca ribut, sehingga kini, tiada seorang mangsa yang berjaya ditemui.

Stadium runtuh, air tin dadah dan kapal terbang terhempas...
manusia kian lalai dan lupa.









.

Monday, May 11, 2009

Melalak dan Menyalak...

Ramai sungguh orang nak jadi penyanyi, yang boleh menyanyi berlumba2
nak jadi penyanyi, yang tak boleh menyanyi pun turut ingin menyanyi,
hasilnya, puluhan penyanyi baru melambak2 sekitar Malaya ini dan makin
bertambah saban tahun, semua stesen tv sudah ada program realiti mencari
penyanyi, seluruh pelusuk warga turut serta, dari Perlis hinggalah Sabah...

Dalam pada tu, orang Sabah yang ramai menang program ini, yang tak menang
pun ramai, Mentor dia menang, Gangstar dia menang, Satu Dalam Sejuta pun dia
menang (dan tak menang) Akademi Fun Fantasia pun diorang menang,
Bintang RTM pun ada juga... suara diorang sedap kot. Tak lupa juga yang sampai
masuk wad sakit jiwa bila dok KL tapi takde job nyanyi2 ni.

Persoalannya, bila dah ramai2 penyanyi ni, boleh jual ke?
Album diorang ni boleh jalan ke? Dah ramai sangat, semuanya berbakat,
tapi ini zaman muat turun, sedut dari sini sana, takde ramai yang beli album
sekarang ni, sebab bukannya sedap seluruh lagu2 yang ada, melainkan peminat2
fanclub sendiri yang tolong beli. Bukannya macam dulu.

Aku secara jujurnya kurang setuju dengan lambakkan program2 realiti nyanyi2 ni,
ramai yang boleh nyanyi tapi takde bakat, teringin nak jadi penyanyi untuk income
yang lebat serta ingin terjun ke dunia glamour. Lepas tu semasa saringan, bila juri
tolak, pandai pulak lu marah2, bising2 depan kamera, satu Malaya nampak belang lu...!!

Kepada yang bakal masuk program2 realiti ni, nak jadi penyanyi, aku nasihatkan
korang belajar la muzik, sedikit sebanyak membantu persembahan dan teknik2 yang
betul, sekurang2nya tau main piano atau gitar, jangan main buta2 je melalak semasa
audition, baru 7-8 kali training dalam karaoke dah nak masuk ujibakat, dah confident
boleh nyanyi sedangkan nyanyian korang melalut hingga ke laut...

Kerana ada beza antara menyanyi dan menghibur, jika boleh menyanyi belum tentu
ianya menghiburkan orang lain, sama la dengan melalak dengan menyalak!!

Woof Woof....!!










.

Friday, May 1, 2009

Babi Punya Babi...!!!


Babi betul la babi babi ni semua,
tak pasal2 manusia jadi mangsa, kerana kau babi...
yang sesetengah manusia ni pun babi juga,
dah tau babi ni babi, lu orang cekik juga,
macam dah tak ada makanan lain atas muka bumi ni,
yang makan babi... lu orang ni bodoh macam babi,
yang bela babi... woi babi, lu ni mengotorkan bumi ini,

yang kasik lesen bela babi...

lu orang lagi besar punya BABI...!!!









.

Saturday, April 18, 2009

Masihkah Kau Ingat...?

Masihkah anda semua ingat lagi kes ini....?
Dimanakah adik Sharlinie ini dibawa pergi...?
Masihkah mereka terus mencari...?
Masih adakah yang ambil peduli...?

Khas buat adik Sharlinie, serta puluhan adik2 yang hilang belum ditemui,
pandai2 lah kamu semua menjaga diri, kerana kami di sini masih tercari2,
orang inikah yang punya angkara, orang itukah yang bikin petaka,
kami tak pasti... kami tak reti...

Perdana Menteri dah bertukar dua kali, Menteri dah pindah sana sini,
tapi aku masih ternanti-nanti...

Manakah pergi adik Sharlinie...?
Bilakah dia akan kembali...?

*kawan2 semua, mari kita doakan kesejahteraan semua kanak2 yang hilang ini,
yang belum dijumpai atau yang sudah ditemui, mati...
"Tuhan Yang Maha Agung, Yang Maha Mengasihi dan Maha Mengasihani,
Kau lindungilah mereka dari kejahatan manusia, Kau berikanlah rahmat dan
hidayat pada mereka, Kau ampunilah kami yang sering lupa...

Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Amin..."











.

Friday, April 3, 2009

Buat Penghuni Baru...

Tahniah buat pemimpin baru bumi pertiwi keramat ini...
Memimpinlah dengan adil dan saksama, bijak dan beretika,
Banteras segala kemungkaran yang berleluasa di sekitaran padang,
pejabat kecil dan besar, warung kopi mahupun cafe super bintang...

Lindungilah yang benar2 jujur dan ikhlas, biar luhur bukan menindas,
prihatinlah pada yang serba kurang, rapatkan jurang, tak kira siapa diorang,
Sedari segala yang curang, politikus hancing lebai malang.

Kenalilah warga kelas tiga, apa saja kerjanya, cuci jamban segala kekotoran,
pemandu lori, bas dan teksi, pemotong rumput di majlis daerah atau pembaca meter
rumah ke rumah, yang tolak troli di hospital, tanya khabar... kenal kenal.
yang berniaga jangan lupa, bukan saja pada yang menjual kereta2 mahal,
tapi juga yang jual apam balik, baju bundle atau kain batik, jual tin dan botol,
yang biol dan lurus bendul...

Untuk penghuni baru yang berkuasa, kami cuma rakyat biasa...

"kalau bukan kami yang tempang,
yang bersusah payah berkompang,
hingga menang... hingga dijulang...!!"

- Sakit Bantal Empuk (Wings)











.

Wednesday, March 25, 2009

Sesak...!!

Setelah penat berjam-jam di atas lebuhraya, aku singgah di sebuah kawasan
rehat dan rawat, untuk relax, buang sisa2 perkumuhan, berasap untuk seketika,
menikmati segelas nescafe tarik kurang manis (keperluan nikotin dan caffein tu perlu)
melihat gerak geri manusia yang cukup ramai ketika itu, pelbagai karenah dan perangai,
bermacam cara, berbagai bangsa.

Si kecil menangis inginkan perhatian, si kakak pula berlari larian keliling meja, si ibu sibuk menyumbat nasi lemak panas, lapar sungguh agaknya, si bapa hilang entah kemana, mungkin terjengah jengah di gerai cenderahati melihat barangan2 yang menarik ataupun melihat keletah si gadis penjual di situ yang cukup seksi, bertudung ayu tetapi bajunya cukup sendat, berseluar jeans ketat hingga duduknya terlihat seluar dalam bertali halus rona merah. Aku sendiri pun berpaling dua kali untuk melihatnya. Hahaha... aku bukan mengintai, orang dah tunjuk, aku
cuma tengok.

Terlihat gerai menjual pau, teringin pula bila memandang pau yang panas itu dalam bekas
kukus, berasap asap, ada inti kaya, kacang merah dan kari daging... aku memilih pau kaya,
tapau masuk plastik, 2 bijik harganya 3 helai not warna biru.

Masa rehat sudah tamat, perjalanan masih jauh, hari hampir gelap, bukan kerana senja yang tiba tetapi hujan yang mahu melanda... ketika melangkah menuju ke kereta, aku terpandang
gadis gerai bertudung tadi, dia tersenyum, aku membalas kembali, terlintas didepan minda, seluar dalam bertali, biasalah... aku kan lelaki.







.

Friday, March 20, 2009

Cinta Tiga Dimensi...

Biar dari sudut manapun kau lihat diri ini
Walaupun dari atas sekali, semua adalah sama
Biarpun cantik mengalah bidadari
Namun hatiku, tidak mungkin kau dapat menguasai

Tiada cinta tiga dimensi sesama kita lagi
Engkau hanyalah gurisan hati dilukis di atas bumi
Terpadam sudah pandangan yang indah
Yang engkau gambarkan di suatu ketika dahulu

Apa yang tinggal kini adalah satu dimensi
Apa yang tinggal kini hanyalah yang sulit dan sepi...

Sunday, February 15, 2009

Bising...

Aku bising ke...?
Mana ada bising beb, aku guna headphone la semalam, mustahil kau boleh
dengar... serius beb, aku tak tipu...!

Betul, aku memang guna headphone semalam, walaupun kau nampak aku
jamming dengan sihitam tu (gambar atas) dengan bersungguh2nya, aku pastikan
ianya tidak mengganggu sesiapa pun, aku pasang headset dan cucuk kat amplifier,
aku tahu kau tengah tidur masa tu, jadi kau tak perlu carik pasal dengan aku.
Aku juga dah siap kemaskan mangkuk Friskies, kau tau tak... sebelum ni banyak
semut yang cuba sibuk mengerumuni makanan kau tu, aku dah bersihkan,
mangkuk air pun aku cuci dan ganti air baru.

Lagipun, aku kan dah janji yang aku takkan bising...!!







.

Wednesday, February 4, 2009

Jaguh Kampung...

Seorang rakan baru memulakan perniagaan,
bisnes jual air liur macam sesetengah penglipur lara,
sebagai orang baru, untuk mempromosikan kedai, dia pun
menyalak sana sini, berak dan kencing merata tempat untuk tinggalkan jejak,
untuk orang lain perasan kehadiran dia dan mungkin menarik 'potential client'
ke premis perniagaan dia, maka berhasil lah taktik dia... aku gembira,
sebagai rakan baru, aku ingin menyokong, tolong kawan2...
dia pun seakan sudi untuk berkawan.

Hari demi hari perniagaan nya cukup maju,
ramai yang datang memberi sokongan, aku turut kesitu,
aku tengok dia ni berbakat semulajadi, ini cukup positif,
sekurang2nya orang ramai ada pilihan dan boleh memeriahkan keadaan,
lama kelamaan aku perhatikan yang dia seakan ada tujuan lain,
belangnya makin terserlah, siongnya mula bersinar,
kukunya mulai mencengkam...

Barang2 jualannya mulai dipenuhi dengan keseronokkan,
hingga satu peringkat, dia mula berani meludah kesetiap kedai2 yang lain,
mungkin kerana pelanggan mulai ramai dan ada yang berkuasa,
tak kurang juga yang berlagak singa dalam paya dan buaya masuk gua,
satu demi satu rakan seperjuangan nya ditunjal hidup2.

Aku bagai tak percaya, dia dah bertukar sebegitu rupa,
kepada sesiapa yang enggan menuruti, pasti jadi kutu kari,
baru2 ini, aku juga menerima nasib serupa,
aku maki sial babi tapi dia tak peduli,
dia sudah punya cita-cita, mencela saudara dan menyanjung sicelaka.

Sebagai seorang yang lebih tua, aku diamkan,
mungkin dia sedang menikmati zaman puncaknya,
teringat kata2, mengalah bukan bermaksud aku lemah,
cuma kini aku perhatikan saja rentaknya...
Mungkin satu hari nanti ada yang bisa menegur,
Tuhan Maha Mengasihi dan Mengasihani...



Luncai terjun dengan labu labunya..??
Biarkan...








.

Wednesday, January 14, 2009

Bongkar...!!

Aku cukup suka bila tengok tv, terutamanya program yang membongkar penyelewengan pihak2
bertanggungjawab ni, salahguna kuasa, memusnah alam sekitar, rasuah yang menjadi2 ni, yang
boleh diumpamakan sebagai barah yang sedikit demi sedikit merosakkan negara yang aku cukup sayang ini, menjahanamkan bangsa aku sendiri, kalau boleh aku nak tengok mangkuk2
tandas ni segera diheret ke mahkamah.

Tapi yang menjalankan pembongkaran kemungkaran ini perlu telus la, jangan pulak nak tutup
sana sini, maklum la, yang buat aktiviti macam ni biasanya orang2 besar, orang2 yang ada
kedudukan, yang ada kepentingan, yang ada kuasa, bukan jenis yang macam kau dan aku, kau
cuma makan gaji dan aku, aku hanya semut merah...

Aku cuma berharap semoga brader2 wartawan tv ini teruskan usaha2 membongkar kes2
macam pencabulan tanah2 dan kawasan2 membalak, merosak kawasan2 yang patut dilindungi,
menindas warga2 yang susah, kerenah2 birokrasi dan tak mesra rakyat...

Jangan pulak korang asyik nak membongkar keaiban orang macam dalam satu program hiburan tu, selagi artis tu tak mengaku, selagi artis tu tak mengaruk, korang asyik tanya itu dan ini, benda2 yang orang ramai tak patut tahu pun jadi publisiti terutamanya tentang nak memburukkan keadaan, orang bercerai berai ke, orang bercinta ke, itukan semua kehidupan peribadi diorang, korang tak takut dosa ke...??

Kesimpulannya, biar bongkar kemungkaran yang boleh merosak negara tapi jangan bongkar kisah peribadi sesama manusia, takkan tak tahu... dah pegi Mekah kan!!
















.

Tuesday, January 6, 2009

Aku Dan Sesuatu...

Ditelan pahit, hendak kubuang terasa sayang
engkau bermadu, hendak kuminum engkau beracun
kau bisa... hingga punah ranah dan mati akan diriku
kau kebumikanlah aku disini

Kau serang hendap cinta yang berbunga dihatiku
berikan racun pada aku yang sedang dahaga
cintamu... membakar aku hingga aku jadi abu
bergunakah aku lagi untukmu..??

Dewasalah aku, dalam perjalanan hari ini
binasalah aku, andai dikudakan telunjuk mu...!







.

Sunday, January 4, 2009

Satu Bangsa Yang Cukup Bangsat...

Sedang kita2 semua merayakan kedatangan tahun baru dengan dentuman2
bunga api, berpesta hingga lupa diri, ada satu bangsa di tebing sana yang sedang
riang gembira merayakannya dengan memusnahkan jiran2 sekeliling, mengebom
puak yang tak dilengkapi senjata moden, membunuh sesuka hati, terus terusan
menyalak sana sini bahawa merekalah bangsa yang paling bangsat di muka bumi ini...

Betapa hinanya mereka2 ini dimataku, untuk mereka2 yang dizalimi,
pandai2 lah kamu semua menyelamatkan diri kerana saudara2 kamu yang
mengaku tentera2 jihad, briged yang bercita2 untuk membebaskan bumi Palestin,
sedang sibuk bermesyuarat, dengan agenda tergempar, bertikam lidah berkenaan
pihak mana yang patut membantu, dimana PLO, dimana Al-Fatah, dimana Hezbollah?
Apa dah jadi dengan Mahmoud Abbas..??
Adakah kerana ideologi berbeza maka patut saja Gaza itu diperkosa begitu saja..???

Mana Liga Arab yang kaya raya, mana OIC... takkan senyap menikus saja...
Mereka2 ini perlu bantuan, bukan sekadar ubat-ubatan dan makanan,
tetapi perlengkapan tempur yang setaraf dengan musuh2 laknat ini,

Satu bangsa yang cukup bangsat...!!









.