
Ramai yang bikin drama...!!!
Mari kita saksikan sendiri, ini drama hari-hari masuk tv... free!
Ada drama famili, ada drama laki bini, ada drama mabuk todi, ada drama 3gp...! Ada babak bertengkar tepi kereta, ada babak serang suami yang main kayu tiga, ada babak berlari kejar cerita, ada babak isteri gila masuk berita.
Ada turun naik mahkamah roboh masjid, ada demonstrasi roboh kuil, ada saman juta-juta, ada yang senyap-senyap seluk poket... tutup mata!
Ada drama kantonis, pinjam along kena kurung, ada drama tamil, rumah sudah beri tapi tanah takmo kasi, ada drama biru, masuk DVD... tak tahu malu!
Ada drama aksi, terjun bangunan bunuh diri, ada drama kantoi, togok arak, berlagak macam dia cukup warak, minta rotan, turun naik van, orang kampung berarak.
Ada drama sedih, kalah undi melepas jadi YB.
Ada drama komedi, doktor gigi jadi menteri, rumah bersaiz perpustakaan negeri.
Ada drama mencuit hati... rakyat biasa terus jadi mangsa birokrasi.
Tuan Direktor!
...apa sudah jadi sama ini negeri!
.
Dah nama jadi rakyat jelata, asyik dok terkena merata-rata..
ReplyDeletePemimpin yang pegang takhta, buat benda semua macam lupa pada yang Esa..
betul tu beb...
ReplyDeletesalam...jemput dtg ke blog jen...tidak beseri blog jen tanpa kehadirn anda..hehe
ReplyDeleteSalam dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Saudara Direktor Dead Vocalist sekeluarga dan kepada pembaca blog ini. Maaf Zahir Batin sekiranya terdapat apa jua keterlanjuran.
ReplyDeleteSemoga semuanya diberkati Allah Taala.
Yang Ikhlas
Mat Amin
KINI DAN SILAM http://matamin02.blogspot.com
syed mohamad,
ReplyDeleteinsyaallah...
mat amin,
selamat berhari raya buat anda dan keluarga juga, maaf zahir batin.