Tuesday, December 30, 2008

Kasih Baru...

Semakin jauh aku tinggalkan setiap minit bersama engkau, senyum itu,
nama itu, makin kerap kau muncul setiap malam dan mengganggu tidur ini,
mungkin kenangan kita cukup kuat untuk aku lupakan segala2nya,
restoran kegemaran kita, turun naik mahkamah bersama, setiap cawan
ice blended, setiap mangkuk mushroom soup, setiap keping pizza dan
taburan extra parmesan... semuanya bermula bila aku nyatakan keinginan
untuk bersama makan malam yang aku luahkan pada kerani cantik manis
member kau tu, aku tau dia pastinya akan bercerita itu dan ini...

Anez, walaupun satu masa nanti aku berkasih baru, mungkin lebih istimewa
darimu atau kurang dari itu, aku takkan bisa lari dari memori ini.








.

Thursday, December 25, 2008

Si Penjual Buah...

Kalaulah betul si penjual macam Maya ni, hari2 aku takkan miss
makan buah, serious... tapi bukan kah yang meniaga macam ni ditepi2
pasar seluruh Malaya ni warga asing?? Myanmar dengan Indon, mahal
pulak tu, aku nak report dengan siapa?? Bila pihak yang berwajib asyik
jawab, kami kurang kakitangan aje...!!

Tapi kalau muka diorang ayu macam Maya, aku diam aje, relax makan
apple hari2, aku double standard???

Yelah... macam orang2 yang aku pangkah tiap2 kali election tu...








.

Sunday, December 21, 2008

Mendidih...

Mendidih betul aku tengok cerita Gerak Khas jumaat ari tu,
yang jahatnya budak2 punk ni, mabuk, seks bebas, dadah, memukul
dan membunuh, kurang ajar, dressing gothic, berkasut boot skinhead,
dan dengar lagu death metal... bangang sial pengarah2 tu,
punk dengar lagu punk laa... bukan lagu death metal,
lagi satu, punk mana buat corpse paint semua tu sial..!!
Sampai bila2 pun imej metal ni akan disalah tafsir oleh public jika
pengarah2 bangang macam tu terus berkarya...

Mendidih betul aku bila teringat pasal sorang member yang baru
nak berjinak2 dalam bisnes, semuanya sudah ikut prosedur, tapi ketika
nak mohon satu lot premis perniagaan, sorang penjawat awam ni dengan
bangganya bilang takde lot yang kosong padahal kawasan kompleks tu
baru bukak, orang bisnes pun tak ramai lagi, rupa2nya dia mintak
"gula-gula" dengan member aku tu, rasuah la tu, kalau tak susah dia
nak usahakan pasal permintaan lot2 kedai tu sungguh tinggi...
Babi punya manusia, menyalak sana sini Melayu nak tolong Melayu...
tapi kau sibuk nak menekan bangsa sendiri dengan karenah kau...

Mendidih betul aku bila dulu sibuk minyak naik harga, takrif letrik
pun sibuk naik jugak, atas pelbagai alasan, tapi bila minyak dah turun
alasan yang mengarut jugak diberi kenapa takrif elektrik tak dapat
ikut turun, sedang Singapura dan Indonesia berura-ura nak turunkan
takrif bekalan tenaga berikutan bebanan rakyat kerana terjejasnya
ekonomi masakini, tapi syarikat tenaga Malaysia sibuk pula
memberitahu sana sini mengenai satu kampung di Selangor yang
enggan berpindah, projek kabel terbantut dan kemungkinan berlaku
gangguan bekalan besar besaran satu hari nanti,
alasan korporat yang terus membeban rakyat...

Korang tak mendidih...???
kita semua bukannya orang senang beb...









.

Thursday, December 18, 2008

Ranap Sekelip Mata...

Bila tiba2 alam menyerang balas....
Satu sen pun tak guna, yang punya jutaan ringgit ataupun dolar
sekalipun, tak bisa berbuat apa2, sekelip mata, pagi yang dingin,
mereka2 yang sudah sampai janjinya dengan Yang Maha Kaya,
pergi tanpa sempat ucap selamat tinggal...

Kejadian ini juga mengundang pelbagai kisah suka duka penghuni
kota, ada yang redha atas ujian ini, ada yang menyalak sana sini
menunjuk rasa tak pernah puas hati, yang melakukan tugasan
dibawah cahaya bulan, hingga mentari menjelang siang malam,
dibasahi hujan, dengan risiko tanah akan runtuh lagi, hingga
mengorbankan cuti raya korban...


"-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), diberitakan ada laporan polis tentang kehilangan sebuah jam tangan.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), orang-orang kaya ini mahu tuntut ganti rugi dari kerajaan.
-kerana tidak sedar diri (atau terlalu kaya), ada makanan sumbangan dibuang dan dihidu sekawan babi.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), mereka lupa tentang nikmat tuhan bagaimana sebuah surau masih kukuh berdiri ditapaknya sedangkan di sekelilingnya, banglo bernilai jutaan ringgit ranap dihakis dan ditelan bumi..."


-petikan dari brader PyanHabib...









.

Tuesday, December 16, 2008

Dah Mati...

Seorang rakan penah bertanya, kenapa dead vocalist..???
Mungkin idea ini datang pada 1994, setelah perginya Kurt Cobain,
vokalis dan gitaris Nirvana akibat kemasyhuran, dadah, psikologi
dan isteri yang curang, bukan bunuh diri mahu pun dibunuh...

Selepas Bumi Sang Naga, apa yang cuba lu buktikan..???
Mungkin sesuatu yang ikhlas terlintas dari jiwa, mungkin sejujur
mendiang Cobain, ataupun sekeras mendiang Dimebag Darrell,
gitaris Pantera / Damageplan yang ditembak diatas pentas atau
bassist Metallica, Cliff Burton yang mati kemalangan bas...

Tak siapa tahu... so, hop in and enjoy the ride...
sementara hayat masih ada ni.


eh... bukankah aku sudah mati??





.