Thursday, December 18, 2008

Ranap Sekelip Mata...

Bila tiba2 alam menyerang balas....
Satu sen pun tak guna, yang punya jutaan ringgit ataupun dolar
sekalipun, tak bisa berbuat apa2, sekelip mata, pagi yang dingin,
mereka2 yang sudah sampai janjinya dengan Yang Maha Kaya,
pergi tanpa sempat ucap selamat tinggal...

Kejadian ini juga mengundang pelbagai kisah suka duka penghuni
kota, ada yang redha atas ujian ini, ada yang menyalak sana sini
menunjuk rasa tak pernah puas hati, yang melakukan tugasan
dibawah cahaya bulan, hingga mentari menjelang siang malam,
dibasahi hujan, dengan risiko tanah akan runtuh lagi, hingga
mengorbankan cuti raya korban...


"-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), diberitakan ada laporan polis tentang kehilangan sebuah jam tangan.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), orang-orang kaya ini mahu tuntut ganti rugi dari kerajaan.
-kerana tidak sedar diri (atau terlalu kaya), ada makanan sumbangan dibuang dan dihidu sekawan babi.
-kerana tidak sedar diri (atau kerana terlalu kaya), mereka lupa tentang nikmat tuhan bagaimana sebuah surau masih kukuh berdiri ditapaknya sedangkan di sekelilingnya, banglo bernilai jutaan ringgit ranap dihakis dan ditelan bumi..."


-petikan dari brader PyanHabib...









.

1 comment:

  1. bro...tak tau nak salahkan sapa...dorang banyak duit...ada pilihan...bukannya terpaksa duk kat sana...

    lainlah golongan org yg tak mampu memilih...terpaksa duduk kawasan banjir kerana tiada pilihan...

    ReplyDelete