Tuesday, February 9, 2010

Kita Masih Belum Bebas...


Kita masih belum bebas.. serious!!!

Kita belum lagi merdeka, kita masih dijajah. Cuma kali ini oleh bangsa kita sendiri. Ramai yang takut 'tuan' dari Tuhan. Ramai yang berani langgar tembok kesusilaan. Ada yang cukup berani merompak siang-siang depan batang hidung kita, dan melepaskan diri begitu sahaja. Semuanya atas nama kerja.

Ada yang mencabul maruah warga jelata. Ramai yang sangkut, ada juga yang sangap. Ada yang memaksa hidup-hidup, buang amanah, rampas dan ragut. Ada yang bersekongkol dengan harapan dapat serpihan kerak... jadilah.

Ada yang menentang, punya azam ingin menghapus cela-cela celaka ini, habis dipangkah, dicantas, disumbat masuk gua. Biar orang takut, tapi tiada yang terkejut. Bumi ini indah tapi kami tetap susah payah. Apa sahaja yang boleh dijadikan alasan untuk memijak, kami terus hilang hak.

Penjenayah negara, satu hari dunia akan tamat tempohnya, begitu juga usia kita...




Aku tak pernah hairan jika aku terus mengemis di bumi ini.








.

2 comments: